Guild Wars 2 - pengenalan kepada permainan

Massively Multiplayer Online Game

MMOG (Massive Multiplayer Online Game / permainan besar-besaran bersama secara online) adalah jenis permainan yang mampu menyokong sebilangan besar pemain pada masa yang sama . jadi ia sangat menyeronokkan. tetapi kadang-kadang apa yang boleh menjadi sukar bagi seseorang itu adalah untuk memilih yang mana satu permainan online yang di inginkan. Jadi, jika anda baru kepada permainan online atau anda seorang gamer offline dan mahu bermula dengan permainan secara online (MMOG) baru dan inginkan pilihan anda itu tepat, - teruskan membaca. 

Permaianan online yang dicadangkan.  Tarikh pengeluaran : 28 Ogos 2012.










THE GAME


Guild Wars 2 adalah permainan 'roleplaying' dengan berorientasikan tindakan pertempuran, jalan cerita peribadi yang disesuaikan, acara epik yang dinamik / dynamic events , PvP bertaraf dunia , dan TIADA YURAN LANGGANAN BULANAN!! (no monthly subscription)
"Enter a living breathing Living Story World"













Professions



Anda boleh memilih daripada lapan profesion yang berbeza, setiap profesion mempunyai kuasa unik, serangan yang hebat dan serangan kemahiran yang luarbiasa. Setiap profesion juga tidak terdiri daripada kelas "tank' 'support" atau sebagainya, apa juga class / profesion pilihan anda, anda boleh mengubahsuai setiap skill dan "build" anda utk menjadi "support", "healer" 'tanker" dan sebagainya. Anda boleh melihat butiran mengenai setiap profesion di sini.



 
Sistem perlawanan / pertempuran Guild Wars 2 adalah fleksibel, pantas, dan dinamik. Gaya tempur GW2 tidak seperti MMO lama dimana kebanyakan pemain hanya berdiam diri (berdiri tegak dan anda tekan butang 'attack'), tetapi bergantung kepada masa, mengelak serangan dan berfikir cepat. Pemain dikehendaki bergerak untuk mengelak serangan, skill combo, kemahiran rantaian (skil chain) dan anda boleh bertukar-tukar senjata. maklumat lanjut di sini.








terdapat sembilan dungeon utama dalam permainan GW2. masing-masing mempunyai mod cerita mereka sendiri. ia adalah satu pilihan pihak-asas pemain vs persekitaran (PvE). Selain sembilan dungeon, terdapat juga beberapa dungeon khas yang istemewa. terdapat juga satu dungeon khas yang dipanggil "Fractal of the Mist" yang terdiri daripada pelbagai mini-dungeon. setiap mini-dungeon mempunyai cerita istimewa mereka tersendiri dan persekitaran mini-dungeon tersebut. beberapa map pilihan juga mempunyai satu atau lebih 'mini-dungeon" untuk diterokai.







Satu acara yang menarik dan dinamik dalam GW2, ialah bagaimana pemain berinteraksi dengan acara yang menarik dan dimanik semasa bermain. acara seperti "dynamic events" terjadi dimana2 bahagian sesuatu map. Setiap map mempunyai aktiviti2 yang berjalan secara pusingan yang berlaku, dan anda sebabgai pemain boleh mengikuti (join in) acara tersebut samada yang diaktifkan oleh "NPC" atau pemain lain. Acara sepcial seperti "The Living World 'memberi kesan kekal kepada map, pemain dan permainan. Daripada acara ini, ia merubah landskap dan dunia permainan. Acara 'living world" adalah acara "update Patch" yang di berikan secara percuma setiap 2 minggu, cerita dan map baru untuk diteroka. (setiap update mempunyai cerita sendiri atau bersambungan daripada update sebelumnya) Untuk maklumat tambahan, rujuk di sini.



Apabila anda membuat watak anda (character creation), pilihan yang anda buat pada bangsa dan profesion akan menentukan jalan cerita yang akan anda lalui, dan juga kawasan / tempat dimana anda akan bermula. Sebaik saja anda bermula membuat watak anda, kisah / cerita anda akan bermula. Anda akan mempunyai biografi anda sendiri dan ia akan berterusan mengikut proses perkembangan cerita peribadi watak anda.







Konsep PvP (player vs player) dan WvW (World vs World) juga terdapat dalam permainan online ini. dimana ianya sangat seronok untuk dimainkan apalagi bersama-sama dengan beratus pemain yang lain. 

WvW
Adalah satu konsep baru yang diperkenalkan oleh Guild Wars 2. (tidak terdapat pada mana2 MMO sebelum GW2 di keluarkan). secara ringkas WvW adalah permainan dimana 100 pemain berlawan dengan 100 pemain lain. (defense dan offense) di map yang disediakan dimana map tersebut mempunyai Tower, Castle untuk ditawan atau dipertahkan.





PvP




Interface

skirn log-in / Log-in screen



Pemilihan watak dan papan muka penciptaan.




Penciptaan watak / Character creation


Ada 10 langkah untuk membimbing pemain dalam melalui penciptaan watak baru. semasa proses ini, anda juga perlu menjawab lima soalan aneka pilihan yang berasingan. Ini akan mempengaruhi biografi peribadi watak anda (latar belakang watak anda). Selepas selesai mencipta watak baru anda, anda akan dibawa ke dalam klip sinematik yang berkesinambungan dengan pilihan anda.

cinematic intro (example)


penggunaan papan muka Wars Guild 2 (user interface )yang bersih dan dalam kedudukan yang mudah untuk dicapai.



Mata wang yang digunakan dalam permainan Guild War 2 adalah emas, perak dan tembaga. Gw2 juga menggunakan satu lagi jenis mata wang yang dipanggil Permata yang boleh digunakan dalam Trading Post (dalam permainan broker perdagangan di mana pemain boleh membeli dan menjual item). mata wang baru iaitu "laurel" di perkenalkan pada  January 28, 2013. 

Black lion Trading Post (here)




Guild Wars 2 Set perisai / armor sets.


Perisai /armor dalam Gw2 menyediakan pertahanan, bonus penyifatan (boleh diubahsuai / dinaik taraf dengan menggunakan Rune), menukar rupa watak dan ia juga boleh di warna, dengan pewarna pelbagai pilihan. Perisai Gw2 dibahagikan kepada tiga kelas perisai, iaitu, perisai kelas ringan, kelas sederhana dan perisai kelas berat. pada Januari 2014 Gw2 telah mengeluarkan perisai jenis baru, iaitu perisai yang di panggil ascended armor. Gw2 juga mempunyai pelbagai jenis senjata, yang berbeza-beza rupa dan stat. Perisai dan senjata dibahagikan kepada 7 jenis nama iaitu, Basic, Fine, Masterwork, Rare, Exotic, Ascended & Legendary. Selain perisai, Gw2 mempunyai pelbagai besar jenis kulit (skin) untuk perisai, Senjata & back item untuk dipilih dan disesuaikan melihat kepada kemahuan anda sendiri. pada tahun 2014 sistem "Wardorbe" diperkenalkan dimana pemian boleh mengubahsuai rupa mana2 armor dan juga weapon karakter mereka mengikut kesesuaian pemain. GW2 Wardrobe System 

Guild Wars 2 - Ciri-ciri sistem pemakaian / Wardrobe Feature






Legendary Weapon
Guild Wars 2 juga mempunyai permainan akhir yang menarik (kisah peribadi). selepas pemain mencapai tahap level tertinggi dan menyelesaikan cerita peribadi watak, masih terdapat banyak lagi perkara yang perlu dan boleh dilakukan, samada dalam PvE, WvW atau PvP. Ganjaran yang lebih besar boleh didapati daripada acara-acara yang disediakan seperti "world event & Living Story event", dungeon, WvW, PvP, dan sebagainya. 


Guild Wars 2, Review


anda boleh 'search' youtube untuk review yang terbaharu






( anda boleh menyemak isi terbaharu, perubahan baharu dalam permainan dan sebagainya di sini )

minimum system requirement 



































Note - Check out our guild here the Fraternal Order Of Liberty.

No comments:

Post a Comment